Wednesday 28 October 2015

LAMBAIAN MALAR HIJAU..SATU PERJALANAN SARJANA

Cerpen Lambaian Malar Hijau ini mencoretkan kisah tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah meneruskan pelajarannya sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya kerana dia tidak ingin melihat dunianya itu dicalit dengan pencemaran atau kemusnahan dek sapaan kemajuan dan anasir-anasir jahat. Berbekalkan modal yang konkrit, akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng kerana kesedaran telah membenih di hati Daneng kerana suatu masa nanti dia pasti akan berjaya menjaga hutan itu dengan pelajarannya. Selepas 25 tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya dalam menyelamatkan hutan belantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon. Hasil yang telah dituainya sekarang tidak sesekali memadamkan ingatannya dari terus melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya kerana tanpa kehadiran insan seperti Cikgu Jo dalam hidupnya, sudah pasti sekarang dia akan terus dibuai kekesalan tanpa kesudahan.



Apa kaitan Lambaian Malar Hijau ini dengan Sarjana?

Saturday 23 May 2015

BULATAN DALAM ISOMETRI

Dalam isometri, bentuk bulatan akan kelihatan seperti elips.

Kaedah 4 pusat


Melukis bulatan dalam isometri menggunakan kaedah bulatan empat pusat.




Langkah 1: 

Bina segi empat isometri. Pqrs dengan ukuran diameter D. Lukis garisan pembahagi dua sama bagi setiap sisi segi empat untuk menghasilkan titik t, u, v dan w.



Langkah 2: 

Dari titik s, bina garisan lurus ke titik t dank e titik u. dari titik q, bina garisan lurus ke titik w dan v untuk menghasilkan titik x dan y.


Langkah 3: 

Dengan berpusatkan titik s, bina lengkok berjejari st dari titik t ke u. Berpusatkan titik q, bina lengkok berjejari sama dari titik v ke w.



Langkah 4: 

Berpusatkan x, bina lengkok yang menyambung titik t ke w. berpusatkan y, bina lengkok yang menyambungkan titik u ke v.

Thursday 21 May 2015

HOVERCRAFT MALAYSIA


Hovercraft ciptaan rakyat malaysia !!!


PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT


Pengumpulan Data dan Maklumat

Tujuan pengumpulan data adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data atau maklumat boleh dilakukan melalui

- pemerhatian
- soal selidik
- temubual
- pengalaman sendiri atau orang lain
- kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain

Pemerhatian

Memerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.

Aktiviti:


  1. mengenalpasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian.
  2. mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar foto.
  3. lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di
  4. beberapa tempat.


Soal selidik


Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik .


Aktiviti:


  1. menyediakan borang soal selidik


  • - soalan mudah dan tepat
  • - gunakan jawapan soalan yang berbentuk ya/tidak, betul/salah
  • - soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia ada yang dikenalpasti.


  1. menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat.
  2. mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
  3. menganalisis maklumat yang diperoleh.

Temu bual


Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan secara lisan.


Aktiviti:

mengenalpasti responden
menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji
menyediakan soalan yang berkaitan
merekodkan jawapan responden ke buku idea / pita rakaman / rakaman video.
Pengalaman sendiri / orang lain


Menceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau orang lain.


Aktiviti:

menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu berlaku.
Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.
Kajian Perpustakaan


Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal , majalah ,artikel dan media elektronik.


Aktiviti:

membuat rujukan / kajian melalui media cetak / elektronik
menyatakan sumber kajian
- media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.
- media elektronik: jenis (radio / tv), tajuk siaran, tarikh dan masa.

PROSES REKACIPTA


Proses Mereka Cipta
Pengenalpastian Masalah

Manusia telah mula mencipta pelbagai barangan sejak dari zaman pra-sejarah bagi membantu memudahkan kehidupan seharian. Pada peringkat awal penciptaan ini lebih bersifat inventif dan telah dievolusikan secara inovatif bagi memantapkan lagi barangan tersebut dari segi fungsi, bahan pembuatan dan kebolehgunaan. Proses penciptaan dan pengubahsuaian ini kebanyakannya dihasilkan daripada pengenalpastian kebaikan dan kelemahan produk sedia ada samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang lebih baik, berkualiti, mesra pengguna dan mesra alam. Pengenalpastian masalah juga membantu minda untuk berfikir secara kreatif, inventif, inovatif dan produktif. Menghubungkait beberapa perkara yang berkaitan dengan kehendak pengguna dapat menghasilkan pelbagai ciptaan atau produk baru. Asas dalam penciptaan sesuatu produk bermula dengan usaha mengenalpasti masalah yang wujud.

Mengenalpasti dan Menganalisis Masalah

Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan yang berguna dan berpotensi untuk dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara mendalam.

Pernyataan Masalah

Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi bermasalah dan individu berkeperluan yang terlibat. Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk masalah itu.
Situasi boleh merangkumi aspek-aspek:

- Tempat
- Masa
- Keadaan fizikal (seperti suhu, ruang, saiz, berat, kelajuan)

Menerangkan siapa yang mengalami masalah itu. Ini boleh merangkumi aspek-aspek:

- Latar belakang (seperti kerjaya, saiz keluarga, lokasi kediaman dan
kewangan)
- Jantina
- Peringkat usia (seperti remaja, orang tua)
- Keadaan kesihatan/fizikal
- Bangsa dan kebudayaan
- Agama

Menyatakan kesan atau akibat yang disebabkan oleh masalah itu. Kesan atau akibat boleh melibatkan aspek

- Kesihatan
- Keselamatan
- Pembaziran masa, wang, tenaga dan bahan
- Interaksi sosial
- Mental emosi