Pengumpulan Data dan Maklumat
Tujuan pengumpulan data adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data atau maklumat boleh dilakukan melalui
- pemerhatian
- soal selidik
- temubual
- pengalaman sendiri atau orang lain
- kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain
Pemerhatian
Memerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.
Aktiviti:
- mengenalpasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian.
- mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar foto.
- lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di
- beberapa tempat.
Soal selidik
Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik .
Aktiviti:
- menyediakan borang soal selidik
- - soalan mudah dan tepat
- - gunakan jawapan soalan yang berbentuk ya/tidak, betul/salah
- - soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia ada yang dikenalpasti.
- menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat.
- mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
- menganalisis maklumat yang diperoleh.
Temu bual
Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan secara lisan.
Aktiviti:
mengenalpasti responden
menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji
menyediakan soalan yang berkaitan
merekodkan jawapan responden ke buku idea / pita rakaman / rakaman video.
Pengalaman sendiri / orang lain
Menceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau orang lain.
Aktiviti:
menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu berlaku.
Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.
Kajian Perpustakaan
Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal , majalah ,artikel dan media elektronik.
Aktiviti:
membuat rujukan / kajian melalui media cetak / elektronik
menyatakan sumber kajian
- media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.
- media elektronik: jenis (radio / tv), tajuk siaran, tarikh dan masa.
No comments:
Post a Comment